Che Ta Sanggup Bawa 20 Bagasi Setiap Kali Bercuti Ke Luar Negara

KUALA LUMPUR – Pelakon Rozita Che Wan mendedahkan membawa lebih 20 bagasi setiap kali bercuti ke luar negara.

 

 

Menurut Rozita atau Che Ta berkata, jumlah tersebut adalah jumlah kebiasaan yang dibawa setiap kali keluar bercuti bersama suami dan anak-anak.

 

 

“Biasanya saya yang akan siapkan atau pack sendiri semua baju suami dan anak-anak kerana saya mahu kami anak beranak pakai sedondon setiap hari.

 

 

“Saya akan letakkan setiap pakaian yang akan kami pakai mengikut hari, satu bag untuk satu hari.

 

 

“Jadi mudahlah kerana setiap satu bagasi itu saya sudah suai padankan serta dengan rona atau tema yang sama.

 

 

“Selebihnya saya akan asingkan satu bagasi untuk handbag serta kasut-kasut saya pula,” katanya petik Astro Gempak.

 

 

Menurut Che Ta, dia mengambil masa hingga satu hari untuk mengemas kesemua 20 bagasi yang akan dibawa.

 

 

“Penat juga bila perlu kemas semua bagasi sendiri.

 

 

“Meskipun saya sudah mengasingkan lebih awal apa yang mahu dibawa tetapi untuk siapkan semua, ambil masa hingga satu hari juga.

 

 

“Dalam masa satu hari itu saya akan fokus dengan bagasi dan pakaian sehingga ia selesai,”katanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.