Bintang Trump Di Hollywood Walk Of Fame Dipecahkan Dengan Kapak

LOS ANGELES – Seorang lelaki bersenjatakan kapak memusnahkan bintang milik Donald Trump di Hollywood Walk of Fame semalam.

 

Dalam Agensi melaporkan, menerusi sebuah video yang disiar di YouTube dan beberapa laman web itu, menunjukkan penunjuk perasaan berpakaian pekerja binaan mengapak tulisan emas dan logo kamera pada bintang itu susulan dakwaan salah laku seksual yang membabitkan calon Republikan itu.

 

Memperkenalkan diri sebagai James Otis, dia dengan tenang mengakui terlalu marah dengan calon berusia 70 tahun itu yang menafikan sekeras-kerasnya pernah berkelakuan tidak senonoh terhadap ramai wanita.

 

“Ia sangat susah. Batu itu keras seperti marmar, sukar untuk dipecahkan,” katanya sejam selepas cuba merosakkan bintang yang dianugerahkan atas pencapaian program The Apprentice.

 

Pada awalnya Otis bercadang untuk menanggalkan bintang itu dan melelongnya serta hasilnya akan didermakan kepada semua mangsa salah laku seksual.

 

Setakat ini tiada maklum balas diterima dari pihak Trump, namun Hollywood Chamber of Commerce yang memberikan anugerah itu berkata bintang itu akan diperbaiki dalam waktu terdekat dan akan ditutup buat sementara waktu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.