Video: Lelaki Britain Mengaku Tak Bersalah Pecahkan Cermin Kereta Jurutera

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah agensi pekerjaan warga Britain dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang dekat sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan khianat dengan memecahkan cermin kereta seorang jurutera, dua hari lalu.

 

Mcgruer Kenneth George, 40, mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan yang didakwa dilakukan terhadap Dzulzalali Iqram Osman, 30, di Kilometer 305 Lebuh Raya Utara Selatan dari Kuala Lumpur menghala Seremban antara pukul 6.25 dan 6.30 petang, 25 Oktober lalu.

 

Mahkamah menetapkan jaminan RM11,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan dua penjamin dan kes akan disebut semula pada 4 Disember ini.

 

Semalam, perbuatan lelaki warga asing itu dikesan dalam satu rakaman video amatur berdurasi dua minit 44 saat yang menjadi viral di laman sosial Facebook serta blog. – UTUSAN

 

2 thoughts on “Video: Lelaki Britain Mengaku Tak Bersalah Pecahkan Cermin Kereta Jurutera

  • October 27, 2015 at 1:13 pm
    Permalink

    Rude, very rude. Irrational. lacking civility. Send him back where he belongs.

    Reply
  • October 27, 2015 at 3:53 pm
    Permalink

    Salah kawan pemandu Myvi tu bagi isyarat lucah. Isyarat lucah itu bukan ajaran islam tapi budaya barat.
    Isyarat lucah erti nya ajak bertumbuh. Berani buat, berani tanggung.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.