Tekad Toreh Kepala, Ketiak Isteri

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak nekad dengan menoreh belakang kepala dan ketiak isterinya menggunakan pisau kerana dikatakan mangsa meminta untuk berpisah menyebabkan suspek naik berang dan bertindak diluar jangkauan.

 

 

Mangsa yang berusia lingkungan 26 tahun bekerja sebagai jurujual pasaraya di Pandan mengadu kepada pihak pengurusan pasaraya itu kerana dikatakan tidak selesa diganggu oleh suspek sewaktu bekerja.

 

 

Suspek yang mabuk ketika kejadian telah diarah keluar dan datang kembali beberapa minit kemudian dengan membawa sebilah pisau pemotong kertas dan bertindak menyerang mangsa.

 

 
Polis sudah menahan suspek untuk melakukan siasatan lanjut.-MD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.