PAS Tidak Akan Sertai Pakatan Harapan – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR – Tiada harapan untuk Pas menyertai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Pemimpin parti agama itu, berkata tindakan menyertai pakatan pembangkang baru adalah serupa dengan menaiki bas ekspres yang tidak akan sampai ke destinasinya.

 

“Kami akan terus kekal sebagai pembangkang dan tidak akan menyertai kerajaan.

 

“(Tetapi), Pas akan kekal sebagai parti pembangkang yang menerangkan dan bukan melakukan serangan.

 

“Kita tak ada harapan (dengan apa) yang tak sampai destinasi”

 

“Ini adalah bas ekspres ke Kuantan tetapi tidak sampai sekalipun di Kuala Lipis,” katanya dalam sidang media di Parliamen, hari ini.

 

Bagaimanapun, beliau berkata, sekalipun Pas akan berjuang bersendirian, parti itu akan bekerjasama dengan kerajaan semasa atau parti politik lain demi kepentingan rakyat.

 

“Bukan kami tidak mampu bersendirian, tetapi kami pernah melakukannya maka, kami percaya bahawa banyak parti politik bergantung kepada kami untuk sokongan kerana cawangan kami dan akar umbi yang kuat.

 

“Jika demonstrasi diadakan, jika Pas tiada, tidak akan ramai orang.

 

“Untuk mengatakan bahawa kami bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar, tetapi kami akan bekerjasama dalam hal yang baik, bukan dalam hal yang buruk,” katanya.

 

Mengulas mengenai bukan peserta Ahli Parlimen Pas yang mengangkat sepanduk “Di mana RM2.6 billion” selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan Bajet 2016, Abdul Hadi berkata Pas akan menetang kerajaan secara beradab semasa menyiarkan pandangan mereka. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.