Obama Lawat Turki, Malaysia & Filipina November Ini

SHAH ALAM -‎ Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dijangka akan kembali semula melawat Malaysia susulan beberapa sidang kemuncak yang perlu beliau hadiri.

 

Menurut Rumah Putih,‎ Obama akan ke Turki, Filipina dan Malaysia dari 14 hingga 22 November ini.

 

Memetik laporan Reuters, dalam lawatan itu, Obama akan menghadiri sidang kemuncak G20 di Turki dan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Filipina.

 

Manakala, di Malaysia, Obama akan menghadiri sidang kemuncak AS-Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.