Final AFC: Layar Gergasi Di Bandaraya JB

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan memasang layar gergasi di Dataran Seri Gelam Bandaraya Johor Bahru pada 31 Oktober ini sempena perlawanan akhir Piala AFC 2015.

 

Final pertandingan berkenaan akan menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berentap dengan FC Istiklol dari Tajikistan di Stadium Central Republikan Dushanbe.

 

Perlawanan dijadual bermula jam 8 malam waktu Malaysia.

 

Sebelum bermulanya siaran langsung aksi final itu menerusi layar gergasi berkenaan, penganjur dengan kerjasama Southern Tigers Sdn Bhd akan turut mengadakan pelbagai aktiviti di kawasan itu bermula jam 10 pagi.

 

Perkembangan itu diumumkan oleh laman web rasmi JDT, Johor Southern Tigers, sebentar tadi.

 

“Kepada para penyokong yang tidak mahu terlepas aksi perlawanan akhir Piala AFC 2015 antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang FC Istiklol di Tajikistan, anda boleh menyaksikannya beramai-ramai di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 31hb Oktober ini.

 

“Pelbagai acara dan aktiviti menarik bermula jam 10 pagi akan diadakan sebelum bermulanya siaran langsung melalui skrin layar lebar untuk menarik perhatian para pengunjung.

 

“Ini termasuklah booth jualan barangan rasmi JDT dan juga Boys Of Straits.” menurut kenyataan laman web berkenaan. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.