Facebooker Dakwa Shahidan Kassim Penipu

KUALA LUMPUR – Kebanyakan facebooker mendakwa Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai penipu apabila memuat naik kenyataan statusnya di media sosial tidak seperti dengan apa yang berlaku dalam majlis ceramah oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang disampaikan baru-baru ini.

 

Ceramah yang sepatutnya berkaitan pasukan pengurusan bencana negara dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) bertukar menjadi medan politik yang disifatkan facebooker sebagai ceramah memfitnah kepimpinan negara, mufti-mufti negeri, Sultan serta Ahli Lembaga Tabung Haji.

 

Terdahulu, Shahidan memuat naik status berkisar insiden yang berlaku di majlis ceramah tersebut.

 

“Ceramah agama diJabatan Perdana Menteri. Semua berjalan dengan elok dimana Pasukan Pengurusan Bencana Negara diperlengkapkan dengan ilmu agama. Semasa soal jawab muncul seorang yang tidak berundang bangun mengkritik Dr Asri tentang POSTING dalam fb.

 

“Dia kritik Dr Asri kerana puji GBN.. Dr Asri tanya balik adakah salah saya puji GBN?…celaru kalau kalau tukang pukul muncul dalam majlis tidak berundang dalam jawaban Dr Asri puji GBN bererti puji kepimpinan negara.

 

“Kepada rakyat Malaysia, saya ada cara tersendiri untuk selesaikan masalah Negara… Captain kapal kena terus kemudi kapal dalam ribut dan taufan,”tulisnya.

 

Bagaimanapun, rata-rata yang menonton video rakaman ceramah tersebut serta yang hadir di majlis berkenaan meninggalkan komen mempertikaikan kenyataan Shahidan.

 

Seorang pelayar facebook, Faisal Bin Roban memberi komen dan mendakwa, Shahidan membohong kerana dia sendiri hadir ke majlis tersebut dan mendengar sendiri kenyataan yang tidak betul diperkatakan Dr Asri yang bertentangan dengan status yang dimuat naik Shahidan.

 

“Ds Shahidan bohong. Saya ada di majlis itu. Mana ada Asri kata puji GBN bererti puji kepimpinan negara? Berpada-pada sikit DS, nanti orang keluarkan video DS malu. Dalam program itu Asri sindir PM lagi adalah. Dia kata adakala kepimpinan dahulu lebih baik kerana dari keluarga susah. Kepimpinan sekarang pula anak orang senang.

 

“Tetamu yang tidak berundang itu bukan kritik asri kerana puji GBN. Dia kritik asri kerana katanya perbicaraan kes 1MDB belum selesai…tapi asri sebagai mufti dah jatuh hukum. Malah orang yang bertanya soalan itu setuju dengan asri bahawa GBN kita adalah orang menjalankan tugas dengan baik dan bagus. Ish…ish..ishhhh..watlah jauh sangat DS shahidan lari topik ni. Sayang bebenor kat asri macam mengalahkan sayang kpd PM,” komennya.

 

Seorang lagi pelayar facebook yang turut memberikan komen, “Soalan penanya tersebut adalah prinsip menyiasat (tabayyun) sebelum menghukum. Asri adalah mufti. Bukan kucing kurap walau kadangkala saya confuse dengan sikapnya. Berkawan baik pula dengan menteri macam DS. Dalam kes TH, Asri tidak menyiasat sebaliknya memohon ahli lembaga pengarah TH dibicarakan dalam satu urusan urus niaga. Siap publish wajah mereka pada ramai orang ia amat memalukan individu tersebut.

 

“Penanya soal kenapa Asri tidak tabayyun dulu dengan TH? Asri marah dan kata penanya tersebut ingat mufti takde kerja lain ka? Penanya tersebut kilas dengan kata, update media sosial memanjang ada time pulak. Bagi saya apabila DS bela Asri, ia adlah cerminan DS gagal mengawal Asri. sebaliknya Asri yang mengawal DS. Amat malang perkara ini.

 

“DS sepatutnya berhenti membawa gunting dalam lipatan ke dalam Jabatan Perdana Menteri. Saya cukup hairan kenapa DS sengaja membiarkan diri tercemar atas onar yang sengaja dilakukan oleh Asri. DS…banyak lagi ulama salafi yang bebas dari fitnah. Unsur memperlekehkan mufti negeri lain juga jelas dilakukan Asri. Asri angkat dirinya sebagai mufti yang tegur Anwar Ibrahim berundur. Dia sebut mufti2 saudara yang lain ada buat? Apa maksud mufti2 saudara yang macam tak berani tu? DS..mufti2 lain tak pernah fitnah sultan orang lain, tak pernah gambarkan kerajaan yang DS sendiri anggotai sebagai babi, tak pernah menghukum, menyebar persepsi dan fitnah,”tulisnya.

 

Manakala seorang lagi pelayar, Shazuein Azmaini Azmil menulis, “macam manala si Asri boleh jadi Mufti negeri pemerintah negara. Patut jadi mufti negeri pembangkang kalau dah macam tu punya perangai. 1st time jumpa mufti batu api dan kaki laga,”komennya.

 

Pelayar facebook, Mazita Na Mohd Yusop juga turut memberikan pandangannya, “kita pun dah lama tgk post2 dari mufti tu macam mana nakhoda boleh diamkan ajer sedangkan makhoda duk dalam saf kepimpinan?,”katanya.

 

Manakala Umie Fatimah menambah, “boleh tak nasihatkan mufti tu supaya jangan kritik suka2 dia dan ikut pandangan dia saja…kadang2 terlihat asri ni seolah2 berpihak pada PAS..kalau nak main politik eloklah letak jawatan saja lawan najib jika itu yang dia mahu,” tulisnya.

 

Sementara itu, Shahidan yang turut membalas komen facebooker dilihat memberi amaran dan kemudiannya menyekat beberapa orang facebooker daripada meninggalkan jejak dan komen di akaun facebooknya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.