Didenda, Lahir Anak dalam Pesawat

TAIPEI – Seorang wanita sebelum ini melahirkan anak di dalam pesawat China Airlines semasa dalam penerbangan dari Taipei ke Los Angeles bakal berdepan denda oleh syarikat penerbangan terbabit.

 

 

Wanita tersebut dilaporkan sengaja menyembuyikan kehamilannya agar membolehkan anaknya dilahirkan sebagai warga Amerika Syarikat (AS).

 

 

Sebelum wanita terbabit melahirkan anaknya di dalam pesawat tersebut dengan bantuan anak kapal dan penumpang, dia kerapkali bertanya kepada krew kabin sama ada mereka sudah berada di ruang udara AS.

 

 

Akibat insiden tersebut, penerbangan tersebut terpaksa membuat lencongan ke Anchorage, Alaska untuk menghantar wanita itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

 

 

Susulan itu, syarikat penerbangan terbabit mahu wanita itu menanggung segala kos pendaratan di Alaska yang dianggarkan berjumlah AS$33,000 (lebih kurang RM139,520.57) dan telah melanggar arahan penerbangan yang tidak membenarkan wanita mengandung melebihi 32 minggu menaiki pesawat, laporan media Taiwan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.