Acong Teringin jumpa Irfan

Penyanyi Acong (Sweet Child) berasa tersentuh dan kasihan dengan nasib kanak-kanak bernama Irfan dan berharap dia tabah dan membesar menjadi individu yang berguna pada masa depan.

 
“Sewaktu diberitahu, sememangnya saya terkejut kerana difahamkan kanak-kanak tersebut mengusap skrin televisyen sewaktu saya menyanyi akibat menyangka saya adalah arwah bapanya. Sampai begitu sekali kerinduan dia terhadap arwah bapanya. Saya begitu kasihan dengan nasib yang menimpanya, katanya.

 

 

Acong juga menyatakan dia juga tergerak hati untuk berjumpa dengan kanak-kanak itu.

 

 

“Insya-Allah, kalau ada rezeki dan kelapangan saya ingin sekali berjumpa dengannya. Saya berharap kehadiran saya nanti sedikit sebanyak akan menggembirakan dan mengubati kerinduan dia terhadap arwah bapanya.

 

 

Baru-baru ini kisah kanak-kanak berusia dua tahun itu menjadi perhatian peminat di laman sosial gara-gara Irfan menyangka Acong sebagai arwah bapanya.

 

 

Lebih menyentuh perasaan, kanak-kanak tersebut dikatakan mengusap skrin televisyen ketika penyanyi lagu Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan itu sedang melakukan persembahan pada konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim kedua kerana terlalu rindukan arwah bapanya yang meninggal dunia tahun lalu.-MD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.