1MDB Tidak Berhutang AS$481 Juta Dengan IPIC – Najib

KUALA LUMPUR – Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak berhutang AS$481 juta dengan International Petroleum Investment Corporation (IPIC).

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata notis penyata kewangan syarikat pelaburan strategik yang berakhir 31 Mac, 2014 menyatakan tiada hutang membabitkan IPIC ditanggung syarikat itu.

 

“Ingin ditekankan juga, mana-mana pihak berhak menentukan kaedah pelaporan penyata kewangan mereka,” kata Najib dalam jawapan bertulis pada Selasa.

 

Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua mengenai jumlah pembayaran yang dibuat 1MDB bagi menebus opsyen syarikat Powertek Investment Holding dan 1MDB Energy (Langat) Sdn Bhd daripada Aabar Investment dengan jumlah AS$3.5 bilion.

 

Baru-baru ini, Pua mempersoalkan sekiranya pinjaman itu digunakan untuk menebus jumlah pinjaman sebanyak AS$1.22 bilion yang telah ditebus dari Kepulauan Caymans.

 

Pua turut menekankan dalam hutang itu bernilai AS$481 juta terdapat dalam kenyataan kewangan yang diaudit oleh Ernst & Young. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.