VIDEO: Mahasiswa UM Tolak Pidato ‘Bekas Banduan’ Di Kampus

Kuala Lumpur – Pengerusi Penggerak UM, Wan Mohd. Suhail Wan Senu berkata, pihaknya membantah program tersebut berlangsung di dalam universiti berikutan bimbang ia disalahgunakan sebagai platform untuk menghasut dan mengeks­ploitasi mahasiswa ke jalanan bagi menyokong agenda politik peribadi Anwar seperti peristiwa reformasi 1998.

Beliau berkata, dia serta perwakilan universiti yang mewakili mahasiswa di seluruh negara tidak mahu terus diperalatkan untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara dalam negara seperti berlaku ketika era Reformasi.

“Lebih merisaukan kami, Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM), Fahmi Zainol bertindak atas kapasiti individu dan telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM) apabila mengajak mahasiswa turun ke jalanan dan me­­­­n­y­ertai Himpunan Reformasi Rakyat Hakim Negara.

“Tindakan beliau itu tanpa sebarang persetujuan atau berunding bersama dengan 43 ahli MPP terlebih dahulu.

“Kenyataan Fahmi yang menyeru golongan mahasiswa untuk terlibat dalam himpunan reformasi itu bukanlah agenda yang sihat, malah dia secara nyata mencabar sistem kehakiman negara kerana mencampuri urusan perundangan dalam kes Anwar,” katanya ketika sidang media bersama pimpinan pelajar dan YDP Persatuan Pelajar dan Kolej Kediaman UM malam tadi.

Sementara itu menurut Farhan Khairuddin,  jurucakap Tindakan Siswa Bersatu UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) tindakan Fahmi merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana mengunakan pelajar untuk kepentingan individu.

“Sebagai mahasiswa tindakan Fahmi itu jelas membuktikan beliau tidak layak menjadi seorang pemimpin” katanya dimajlis yang sama.

Gabungan Mahasiswa Bersatu merupakan gabungan yang mewakili hampir 50 ribu mahasiswa di seluruh negara.

Pada 28 dan 29 Oktober ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan akhir Anwar yang disabit bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan membuat keputusan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Anwar atas kesalahan itu.

Sebagai usaha terakhir memastikan keputusan mahkamah kali ini memihak kepada Anwar, kumpulan penyokong yang menggelarkan diri mereka sebagai Rakyat Hakim Negara Solidariti Kepada Anwar Ibrahim difahamkan akan berkumpul di pekarangan Istana Kehakiman untuk melakukan kekecohan sekiranya pemimpin mereka dipenjarakan.

Ketua Pembangkang itu sebelum ini pernah ditahan pada 1998 kerana kesalahan rasuah ketika berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan disabitkan hukuman penjara enam tahun (kerana salah guna kuasa) pada tahun 1999.


Baca: Pidato Anwar Di UM Esok, Dijangka Kecoh

 

Baca: Pecatlah Saya Kalau Berani

 

 

Berikut adalah kenyataan penuh Gabungan Mahasiswa Bersatu:

Gabungan Mahasiswa Bersatu yang terdiri daripada Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya, Sekretariat Presiden-Presiden Kolej Universiti Malaya, Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universti Malaya, Srikandi Nasional, Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya, Sekretariat Nur Al-Falah Universiti Malaya, Tindakan Siswa Bersatu Universiti Kebangsaan Malaysia, pemimpin mahasiswa daripada Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi MARA danUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia menyatakan pendirian kami terhadap penganjuran Pidato Umum Anwar Ibrahim “Dari UM ke Penjara” di Universiti Malaya BERDASARKAN beberapa sebab yang kukuh sepeti berikut:

1) Di peringkat MPPUM, kami berasa kesal di atas penganjuran program ini yang sebenarnya tidak dibincangkan terlebih dahulu di antara ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM).

Tindakan Fahmi Zainol selaku YDP MPPUM telah dilihat membelakangkan ahli MPPUM yang lain dan tidak menghormati suara mahasiswa Universiti Malaya yang diwakili oleh barisan MPPUM.

Kami juga melihat penganjuran program ini adalah lebih kepada kepentingan individu semata-mata dan bukan mewakili kepentingan mahasiswa yang seharusnya menjadi tanggungjawab pemimpin yang telah dipilih pada Pemilihan MPP yang lalu.

2) Di peringkat kolej-kolej kediaman pula, kami berpendapat penganjuran program ini dilihat mampu mengganggu gugat keharmonian dan keselamatan warga kampus Universiti Malaya.

Hal ini kerana penganjuran program ini bakal mengundang kehadiran penyokong fanatik parti politik dan budaya politik tidak sihat ke dalam kampus.

MemandangkanFahmi Zainol berkeras juga untuk meneruskan program ini, maka kami ingin memberi amaran kepada PMUM agar bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap pelajar UM.

3) Selaku alumni UM, kedatangan Anwar ke Universiti Malaya adalah dianggap sebagai sesuatu yang munasabah namun penganjuran program Pidato Umum Anwar Ibrahim ini dikhuatiri akan disalah gunakan sebagai platform untuk menghasut dan mengeksploitasi mahasiswa ke jalanan bagi menyokong agenda politik peribadi beliau.

6) Lebih penting lagi, apakah yang akan disampaikan oleh Anwar di dalam pidatonya nanti, dan adakah kandungan pidatonya itu akan menjurus kepada kepentingan politik peribadi beliau atau lebih kepada merayu simpati masyarakat, memandangkan masanya semakin suntuk sebelum berdepan dengan rayuan kes beliau di Mahkamah Persekutuan nanti.

Jika kita imbas kembali era Reformasi yang berlaku pada tahun 1998, modus operandi yang sama turut digunakan di mana mahasiswa dan anak muda digunakan untuk membuat kekacauan dan huru-hara di dalam negara.

Kami bimbang perkara ini akanberulang lagi.Kami juga ingin menggesa PMUM untuk menumpukan perhatian dan usaha ke arah hal-hal kebajikan mahasiswa UM berbanding hal kontroversi Anwar Ibrahim yang tiada kesudahannya.

4) Di peringkat mahasiswa seluruh IPTA Malaysia, kami melihat perkara ini sebagai satu ancaman kepada keharmonian kampus yang sepatutnya menjadi ‘venue of learning’ kepada mahasiswa dalam mengembangkan pemikiran berilmiah.

Namun tindakan YDP PMUM saudaraFahmi Zainol dalam usaha membawa Dato Seri Anwar Ibrahim keUniversiti Malaya adalah sengaja membuka ruang pengeksploitasian politik ke atas mahasiswa.

Tindakan ini seolah-olah mencuba membawa satu lagi polemik baru ke dalam kampus yang hanya menghasilkan keadaan ‘oneside winning’ kepada Anwar Ibrahim.

5) Mahasiswa seharusnya berfikiran rasional dalam bertindak dan tidak hanya membiarkan diri mereka menjadi kuda trojan tunggangan individu-individu tertentu.

Tindakan membawa masuk Anwar ibrahim di saat detik perbicaraan beliau bakal berlangsung diibaratkan seperti mencari air apabila tercekik bersifat terdesak untuk mencari benteng terakhir dalam usaha melarikan fokus kes jenayah beliau.

Justeru tindakan Fahmi Zainol membawa masuk Anwar Ibrahim dilihat sebagai cubaan memperjudikan nasib dan pemikiran mahasiswa yang sepatutnya dipertahankan oleh seorang pemimpin mahasiswa.

Mahasiswa seharusnya memahami peranan institusi kehakiman. Segala tindakan memberikan komentar menyentuhkeputusan, mahupun kes yang sedang dibicarakan di mahkamah adalah bersifat menghina institusi kehakiman dan boleh didakwa menghina mahkamah.

6) Kesal dan sedih, anak muda digadai lagi. Kata pujangga, menang sorak kampung tergadai seharusnya dihayati. Rapuh, itu tafsiran kami barisan mahasiswa terhadap tindakan saudara Fahmi Zainol.

Dengan ini kami, Gabungan Mahasiswa Bersatu membantah dengan sekeras-kerasnya penganjuran Pidato “Anwar Ibrahim: Dari UM kePenjara” oleh PMUM kerana pidato ini tidak lebih dari sekadar meraih simpati massa dan memastikan kelangsungan politik seorang insan bernama Anwar Ibrahim.

 

LAPORAN VIDEO AKAN MENYUSUL

 

 

 

 

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum yang turut menuntut tiga perkara kepada wakil polis di Balai Polis Pantai, di sini hari ini.

 

Lebih 20 perwakilan mahasiswa dari beberapa universiti utama di Lembah Klang menghantar memorandum kepada pihak polis bagi membantah program Pidato Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim: 40 Tahun Dari Universiti Malaya ke Penjara yang bakal berlangsung di Dataran Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM), Isnin ini.

Beliau berkata, dia serta perwakilan universiti lain tidak mahu mahasiswa terus diperalatkan untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara dalam negara seperti berlaku ketika era Reformasi.

“Lebih merisaukan kami, Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM), Fahmi Zainol atas kapasiti individu dengan lantang menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM) mengajak mahasiswa turun ke jalanan dan me­­­­n­y­ertai Himpunan Reformasi Rakyat Hakim Negara.

“Tindakan beliau itu tanpa sebarang persetujuan atau berunding bersama dengan 43 ahli MPP terlebih dahulu.

“Kenyataan Fahmi yang menyeru golongan mahasiswa untuk terlibat dalam himpunan reformasi itu bukanlah agenda yang sihat, malah dia secara nyata mencabar sistem kehakiman negara kerana mencampuri urusan perundangan dalam kes Anwar,” dakwanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum yang turut menuntut tiga perkara kepada wakil polis di Balai Polis Pantai, di sini hari ini.

Turut sama menyerahkan memorandum tersebut adalah perwakilan MPPUM, Mohd. Faridzwan Karim, perwakilan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), serta beberapa perwakilan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Berikutan kelangsungan program itu, Wan Mohd. Suhail berkata, pihaknya menuntut pihak polis mengambil perhatian tiga tuntutan dalam memorandum berkenaan termasuk untuk mengambil tindakan serius terhadap program tersebut bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

“Kami berharap polis boleh memberi jaminan keselamatan dan keamanan kampus sepanjang program tersebut berlangsung selain berusaha mengekang program tersebut dijadikan platform menghasut mahasiswa untuk membuat kekacauan sepertimana era Reformasi.

“Dalam pada itu, kami juga berharap polis dapat mengambil serius kenyataan Fahmi yang jelas menghasut mahasiswa dalam menjayakan agenda tersebut,” ujarnya yang bimbang program itu bakal menular ke lain-lain universiti sepertimana sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Pantai, Inspektor Mohd. Suhaibi Sulong ketika ditemui selepas menerima memorandum tersebut berkata, pihaknya akan meneliti dokumen itu sebelum tindakan lanjut dibuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.