Tiga Rumah Kedai, Lima Kenderaan Musnah Terbakar

Cyberjaya – Dua maut apabila lori lima tan dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori sampah di Kilometer (KM) 4 Lebuhraya Pintasan Dengkil-Puchong menghala ke Dengkil, di sini, kira-kira jam 10.48 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa yang maut dikenali sebagai Yeow Kit Leong, 51, dan seorang pekerja warga Bangladesh, Raj Kumar Tharu masing-masing pemandu dan kelindan lori lima tan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Mohd Yusof Awang berkata, kedua-dua mangsa maut serta merta di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan manakala, kelindan lori sampah yang juga pekerja warga Bangladesh dikenali sebagai Shafikul pula mengalami cedera parah.

Beliau berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Putrajaya manakala, pemandu lori sampah berkenaan dikenali sebagai Zawawi Mat Hussein pula cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.

“Mangsa yang maut turut di bawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat petang ini.

“Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.