Salma Mentor Dan Azri AF9 Bercinta?

Petaling Jaya – Dua artis rancangan realiti tv ini dilihat semakin lama makin akrab dua artis ini. Artis yang dimaksudkan itu adalah dari program Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), Azri dan seorang lagi dari program Mentor, Salma.

Baru-baru ini di laman Instagram pun nampak mesra semacam. Ambil gambar rapat-rapat sampai kepala berlaga kepala. Sekali tengok, mereka berdua seperti kembar siam.

Khabarnya banyak kali juga gambar mereka dirakamkan berdua. Ibaratnya, ke mana saja pergi pasti bersama ibarat belangkas.

Sebelum ini pun memang ada cerita yang Azri rapat dengan Salma, tapi mungkin mereka sekadar kawan biasa.

Namun itu dulu, mana tahu sekarang ini persahabatan yang terjalin berubah menjadi cinta. Tak salah pun jika mereka benar-benar bercinta kerana masing-masing solo.

Cuma kalau ditanya nanti, jangan masing-masing menafikan. Sebabnya kalau dah dalam Instagram pun gambar menunjukkan mereka berlaga kepala, takkan kawan biasa nak buat perkara begitu.

Selalunya orang bercinta saja yang suka berbuat demikian. Ibarat pepatah mengatakan, jika tiada angin, masakan pokok bergoyang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.