Saiful Harap Anwar Tidak Cari Alasan Untuk Tunda Kes Liwat

Kuala Lumpur – Bekas pembantu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang di dakwa diliwat oleh majikannya itu mengharapkan agar kes yang akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan esok tidak di tunda lagi.

Beliau melalui entri terbaru blognya berharapkan agar Anwar yang juga merupakan Ketua Umum PKR tidak lagi mencari alasan bagi menangguhkan kes tersebut yang telah berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan dan melalui hampir 100 kali proses penangguhan.

Saya harap pihak perayu(DS Anwar Ibrahim) tidak mencari alasan untuk “tunda” lagi.

“Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan, yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.

“Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan” ujarnya melalui entri terbaru di laman blognya.

Menurut Saiful lagi sekiranya ditakdirkan keputusan tersebut tidak berpihak kepada dirinya, beliau akan terus beristiqamah dengan kebenaran ini walau ia perit untuk ditanggung.

“Saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran.

“Jika tidak didunia, di Masyar pasti” ujar beliau lagi.

Dalam prosiding selama dua hari bermula Selasa ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar ra­yuan Ketua Pembangkang itu untuk mengetepikan hukuman dan sa­bitan salah tersebut

Selain rayuan Anwar, mahkamah akan mendengar rayuan balas pihak pendakwaan yang berusaha untuk menambah hukuman penjara tersebut.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun setelah disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 29, oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan itu pada 9 Januari 2012.

Menurut Seksyen 94 (1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Mahkamah Persekutuan boleh membuat keputusan serta-merta selepas selesai mendengar rayuan akhir Anwar itu atau menetapkan tarikh baharu untuk berbuat demikian.

Berikut adalah kenyataan penuh Saiful:

Sabitan Kekal atau Bebas? Kepada Allah saya berserah..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Esok, kes saya akan mula didengar dan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Saya harap pihak perayu(DS Anwar Ibrahim) tidak mencari alasan untuk “tunda” lagi.

Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan, yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.

Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.

Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar, lalu memutuskan kes ini dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.

Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (ura2 ada ‘deal’) agar beliau dibebaskan adalah suatu yang tidak benar.

Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan ‘worst case scenario’.

Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran.

Jika tidak didunia, di Masyar pasti…

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bapa, isteri tersayang, seluruh ahli keluarga saya yang selama ini berdiri teguh, berdoa, berkorban dan bersama saya, juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bersama saya selama 6 tahun ini. Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa kalian.

Disaat ini, hanya Allah SWT sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah nanti.

“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” (At-Taubah 9:129) 

One thought on “Saiful Harap Anwar Tidak Cari Alasan Untuk Tunda Kes Liwat

  • October 27, 2014 at 10:01 pm
    Permalink

    Saiful…apa yang kamu tuliskan itu sekadar luahan rasa dari fikiran kamu…niat di hati kamu tiada siapa yang tahu hanya Allah yang Maha Mengetahui…timbul persoalan yang tersirat dari kisah kamu ini…mungkin apa yang ‘berlaku?’ada sesuatu yang menimbulkan keraguan memandangkan ujud tanda ‘???’
    cara kamu membongkar kisah ini…mengapa kamu melibatkan pihak lain untuk kisah kamu ini…cara kamu pergi berjumpa orang politik tertentu untuk menyatakan kisah kamu ini sangat meragukan…seolah ada tujuan untuk menjatuhkan karier politik seseorang…mungkin saya merasa berdosa menyatakan demikian tetapi ada lojiknya kerana mengapa kamu pergi berjumpa orang politik yang bukan di kalangan pemimpin PR sedangkan kamu lebih rapat dengan mereka di banding dengan pihak yang kamu pergi berjumpa itu…apakah tujuannya?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.