Ribut Petir Dijangka Bermula Esok

Kuala Lumpur – Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir akan melanda ibu kota bermula 27 Oktober hingga 1 November ini.

Ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang melibatkan beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Berikutan perkara itu orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan pulang dari tempat kerja sepanjang minggu ini.

Orang ramai juga diingatkan supaya mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, kawasan pokok dan kawasan mudah banjir.

Sebelum ini, kejadian angin kencang dan ribut petir berskala besar yang berlaku di Pandamaran disebabkan oleh faktor kelembapan udara yang tinggi dan penumpuan angin di paras rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.