Polis Ambil Alih Keselamatan UM Berita Palsu

Kuala LUmpur – Laporan beberapa portal yang mengatakan pihak polis akan mengambil alih kawalan keselamatan di Universiti Malaya (UM) bermula jam 7 pagi Isnin, adalah palsu.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof Datuk Dr Rohana Yusuf, berkata surat yang kononnya dikeluarkannya itu adalah palsu, kerana beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu kepada media.

Menurutnya, pihak keselamatan UM akan bertugas seperti biasa, bagi memantau semua aktiviti keluar masuk di kampus dan bukannya polis, seperti yang dilaporkan.

“Saya tidak tahu bagaimana surat berkenaan tersebar dan menafikan sekeras-kerasnya laporan yang telah dikeluarkan tersebut.

“Saya akan membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Tangkas, Kajang, Selangor berhubung penyebaran surat palsu berkenaan,” katanya kepada The Rakyat Post, pada Ahad.

Berdasarkan laporan itu, langkah berkenaan dipercayai diambil bagi menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memasuki kampus untuk menyampaikan ceramah bertajuk ’40 tahun, dari UM ke penjara’, di Dewan Tunku Canselor, pada Isnin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.