Lagi Video Tahanan Britain Disebar Oleh ISIS

London – Sebuah video terbaharu ISIS yang menampilkan tebusan Britain, John Cantlie dikeluarkan oleh puak militan dalam usaha menyebarkan propaganda terhadap Barat.

Menurut laporan Daily Mail, wartawan foto yang dilaporkan hilang sejak tahun lalu ketika berkhidmat di Syria dilihat sedang duduk dan memakai ‘jumpsuit‘ berwarna jingga dalam video yang bertajuk ‘Lend Me Your Ears, Messages from the British detainee John Cantlie, episode five’.

Sambil memandang kepada kamera, John mendakwa dirinya sebagai ‘warga Britain yang ditawan oleh ISIS sejak dua tahun lalu’.

Menyifatkan video itu sebagai ‘fasa kedua’ agenda pengganas untuk menculik wartawan barat, John berkata dia dan rakan-rakan tahanan yang lain diperlakukan baik oleh ‘jihadis’ ISIS sebelum ada yang dibunuh dan dibebaskan.

“Jika kami tidak cuba melakukan perkara bodoh seperti melarikan diri, kami dilayan dengan baik oleh pemberontak ISIS,” katanya dalam video berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.