Apa Guna Bangunan Mencakar Langit Kalau Melayu Hilang Tanah – Presiden Perkasa

Kuala Lumpur – Datuk Ibrahim Ali hari ini (Ahad) merasmikan Persidangan Tahunan Kali Pertama Pertubuhan Perkasa Parlimen Wangsa Maju.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengingatkan bahawa nasib orang Melayu kini ibarat telur dihujung tanduk apabila data menunjukkan berlakunya penyusutan tanah rizab Melayu yang disebabkan oleh sikap tamak sebilangan pemimpin Melayu dan pegawai kerajaan yang banyak memberi muka kepada syarikat terentu dan bukan Melayu.

“Apa guna ada bangunan tinggi mencakar langit kalau orang Melayu kehilangan tanah mereka? Semua ini kerana pemimpin Melayu dan pegawai yang tamak sehingga sanggup gadaikan tanah rizab bangsa sendiri demi penuhkan poket mereka” katanya.

PWM

Ibrahim turut membandingkan cara pengambilan tanah rizab yang berlaku di negara ini seperti cara bangsa Yahudi yang merampas Palestin.

“Kita kena ingat, bagaimana Yahudi ambil Palestin. Mulanya mereka ambil sikit-sikit, lama-lama mereka halau orang Palestin dari negara mereka. Takkan orang Melayu pun mahu jadi macam orang Palestin?” tegasnya.

PWM_2

“Tidak kira orang PAS atau UMNO, kita kena bersatu untuk pertahankan hak agama dan bangsa kita. Perkasa bersedia menjadi pihak untuk menyatukan orang Melayu kerana Perkasa adalah NGO bebas dan tidak terpengaruh dengan politik” tambahnya lagi.

PWM 1
Persidangan yang berlangsung hari ini adalah Persidangan Tahunan Kali Pertama Perkasa Parlimen Wangsa Maju yang dipengerusikan oleh Saudara Aemierulrizaki Rambli.

PWM_Persidangan

 

Dalam pada itu, Pengerusi Perkasa Parlimen Wangsa Maju, Saudara Mohammad Rafi Awang Kechik turut menyuarakan kepentingan Melayu dalam mempertahankan Melayu itu sendiri.

PWN_Rafi

“Setiap sayap perlu membentuk jawatan kuasa untuk manambah keahlian, dari situ dapat menyedarkan anak Melayu untuk membela tanah air sendiri. Melayu harus bersatu, mempertahankan agama, bangsa dan negara. Kekuatan Melayu bukan pada parti politik semata-mata, tetapi pada kekuatan Melayu itu sendiri” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Penerangan Perkasa Pusat Ustaz Hassan Basri Muhammad dan Yang Dipertua Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Yusoff Abd Hamid.

Kehadiran dianggarkan seramai lebih kurang 100 ahli Perkasa Wangsa Maju.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.