KUALA LUMPUR- Sewajarnya skim pencen wakil rakyat dan penjawat awam digantikan dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi membantu kewangan negara.
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan agar kerajaan menerima syor dan melaksanakan pemansuhan pencen untuk semua menteri, ahli Parlimen termasuk penjawat awam pada tarikh tertentu untuk menukar skim pencen kepada KWSP.
“Ya 100 peratus setuju, kalau saya boleh convert (tukar) pencen saya jadi KWSP , sila buat. Sebab saya rasa pencen satu benda lapuk zaman dah berlalu.
“Masa saya dalam jemaah Kabinet ada tiga benda kita kena buat untuk jaga kedudukan fiskal negara pertamanya GST kena perkenalkan semula , rasionalisasi subsidi ketiga ialah hentikan pencen tetapi untuk penjawat awam yang dah ada dalam perkhidmatan, skim pencen teruskan.
“Maksudnya jika kamu PTD , penjawat awam yang layak untuk dapat pencen apabila bersara nanti namun, apabila tarikh tertentu convert to KWSP,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap x Tiber yang dimuat naik malam tadi.
Beliau juga memberitahu, ibunya masih menerima pencen Allahyarham bapanya yang juga bekas penjawat awam yang telah meninggal dunia pada 1992.