Tiada Tempat Untuk LGBT, Tegas Anwar

KOTA BHARU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya semakin lantang bersuara tentanh   lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kali ini beliau menegaskan golongam itu tiada trmpat di Malaysia.

Jelasnya ada prinsip tertentu dalam negara ini yang harus dihormati oleh semua rakyat walaupun berbeza bangsa dan agama.

“Baik dalam kalangan orang Islam, Kristian, Hindu dan Buddha semua berpakat dalam pendirian yang sama,” katanya ketika berucap pada Amanat Perdana Agenda Malaysia Baharu di Bandar Baharu Tunjong di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar dan pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir.

Terdahulu Anwar beberapa hari yang lalu mengingatkan rakyat berhati-hati demgan golongan ‘super liberal’.

Kenyataannya itu mengundang kecaman daripada aktivis Siti Kassim dan anak Perdana Menter, Marina Mahathir.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.