PRM ‘Hantar’ Ahmad Kamarudin Lawan Anwar

SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditentang oleh calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Ahmad Kamarudin dalam pilihan raya kecil (PRK) PRK Parlimen Port Dickson, 13 Oktober nanti. 

Pengerusi Jawatankuasa PRK Parlimen Port Dickson PRM, Koh Swe Yong mengumumkan pencalonan Ahmad dalam satu sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Ahmad yang merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang Kapar itu merupakan calon PRM pada PRK DUN Sungai Kandis, namun menarik diri pada saat-saat akhir sebelum penamaan calon.

Ahmad yang turut hadir dalam sidang akhbar itu dengan yakin memberitahu beliau komited untuk menentang Anwar yang merupakan bekas ketuanya semasa di dalam PKR.

Dengan pengumuman tersebut, PRK Port Dickson setakat ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara PKR, PAS, PRM dan Bebas.

PAS dijangka akan mengumumkan calon mereka malam ini. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.