PRK PD: PAS Pertaruh Bekas Tentera Udara Lawan Anwar

PORT DICKSON: PAS mengumumkan bekas anggota tentera, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar sebagai calon di PRK Parlimen Port Dickson bagi menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Markas Induk PAS PRK Port Dickson di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Naib Presiden Dato Iskandar Abdul Samad; Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan; Ketua Muslimat PAS Malaysia, Nuridah Salleh dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mustafa Daharun.

Mohd Nazari, 57, pernah berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 28 tahun (1980-2008).

Beliau juga merupakan Yang Di Pertua Pas Kawasan Tenggara di Johor.

Dengan pengumuman PAS itu, PRK PD bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Petang tadi, bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Samad mengumumkan akan bertanding di PRK berkenaan sebagai calon Bebas.

Parti Rakyat Malaysia (PRM) pula mengumumkan Ahmad Kamarudin sebagai calon mereka. 

Sebelum ini, personaliti Twitter, Stevie Chan mengumkan akan bertanding sebagai calon Bebas.

Penamaan calon akan berlangsung pada Sabtu ini, manakala tarikh pengundian ditetapkan pada 13 Oktober. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.