‘Pemergian’ Tok Pa Beri Kesan Kepada UMNO

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin  mengakui terkesan dengan keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk meninggalkan parti itu.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli sebelum ini tidak pernah menyuarakan hasrat untuk bertindak demikian.

“Sebab utama saya mahu selamatkan UMNO dan kekal dalam UMNO adalah disebabkan kehadiran individu seperti Datuk Seri Mustapa dan apabila beliau meninggalkan parti, ia mewujudkan ruang kosong kepada parti,” katanya dipetik sebagai berkata.

Khairy menyifatkan ‘pemergian Tok Pa menghilangkan sinar UMNO untuk terus menjadi parti pembangkang.

“Saya sedih kerana bukan sahaja kita kehilangan sinar harapan dalam parti tetapi juga kehilangan rakan sekutu yang faham pandangan ‘centrist’ dan identiti sebenar UMNO,” ujarnya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.