Netizen Persenda Gaya Turban Terbaru Neelofa

AKSI Neelofa yang menggayakan turban menyerupai beg tangan kini menjadi tular apabila pengguna media sosial tampil menunjukkan kreativiti mempersenda penampilan artis popular berkenaan.

Netizen memuat naik gambar masing-masing meniru gaya turban dipakai pengacara dan usahawan terkenal itu dengan menggunakan beg sebenar yang mempunyai tali dan memakainya di kepala.

Usikan nakal warga alam maya bermula gara-gara Neelofa berkongsi satu imej yang memaparkannya mengenakan turban bagi mempromosi kerjasamanya dengan sebuah jenama beg di akaun Instagram miliknya.

Namun imej berkenaan telah dimuat naik pada 29 Ogos lalu lagi.

Bagaimanapun, gambar berkenaan mula menjadi tular sejak semalam selepas muncul pihak yang menyunting gambar turban dipakai pengacara program MeleTop itu dengan menambahkan tali pada bahagian bawah untuk menjadikannya menyerupai sebuah beg bertali.

Namun, si empunya badan memang tidak mudah melatah, apatah lagi memberi reaksi terhadap perkara remeh-temeh.

Melalui kemas kini di Instagram (IG) pada Selasa, Neelofa berkongsi gambarnya ketika menjejakkan kaki di Paris, Perancis bagi menghadiri Minggu Fesyen Paris untuk sebuah fesyen berjenama mewah. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.