Kesihatan, Pemikiran Tun M Dapat Perhatian Dunia

NEW YORK: Apakah rahsia Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sihat dan tajam pemikiran pada usia lanjut?

Fareed Zakaria tidak dapat menahan daripada mengemukakan soalan ini ketika mengendalikan Forum Tahunan Kedua Perniagaan Global Bloomberg di sini.

“Saya sebenarnya tidak tahu tetapi saya mengamalkan pemakanan yang sihat. Saya tidak makan berlebihan. Saya juga bersenam sedikit dan tidur selama enam jam,” jawab Dr Mahathir.

Dr Mahathir adalah ahli panel forum itu bersama Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, dan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

“Jika anda mengikuti kehidupan yang teratur anda akan hidup lama. Namun jika anda menghidap penyakit yang tidak dapat diubati, tak ada apa yang boleh dilakukan,” kata Dr Mahathir.

Ini menyebabkan Rutte secara spontan membuat kenyataan yang ditujukan kepada Ardern.

“Ini bermakna anda dan saya masih boleh menjadi perdana menteri pada usia 90 tahun.”

Ardern lantas menjawab: “Saya terpaksa nyatakan jika hidup sampai 90 tahun, saya tak mahu.” – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.