Zamani Mengaku Sudah Ada Teman Istimewa

Zamani mengaku kini sedang menjalin hubungan cinta dengan namun vokalis kumpulan Slam ini enggan mendedahkan identiti teman wanitanya itu buat masa ini.

Penyanyi berusia 46 tahun ini berkata dia akan berkongsi kepada umum sekiranya sudah sampai masanya untuk dia mendirikan rumah tangga, lapor Kosmo.

“Saya sedang mengenali hati budi seorang wanita dan jika sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga, saya akan khabarkan pada pihak media,” katanya.

Mengenai perkembangan seni, Zamani kini sedang mencari lagu yang sesuai untuk dirakam dan dipasarkan sebagai single baharu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.