Video: Isteri Belasah Perempuan Simpanan Suami

Seorang pemilik sebuah restoran yang melihat suaminya di dalam sebuah kereta bersama perempuan simpanan lelaki itu, telah mengheret wanita itu keluar kereta lalu menarik rambut dan membelasahnya.

Ternyata ia bukan kali pertama dia melihat kecurangan suaminya itu. Kejadian itu berlaku di di tengah khalayak ramai di China.

“Kau nak habiskan sepanjang hayat kau dengan dia?,” soal wanita itu kepada suaminya.

Selepas lelaki itu menjawab `tidak’, si isteri telah menyuruh suaminya ke tepi
lalu dia bersemuka dengan wanita berkenaan.

“Ini bukan kali pertama aku tangkap kau. Aku dah lama bersabar,” jeritnya kepada perempuan simpanan itu yang sedang menangis sambil memegang rambut perempuan itu.

Tidak lama kemudian si isteri melepaskan rambut perempuan terbabit.

Perkara berkenaan telah dirakamkan dan menjadi viral. Namun wanita itu menjadi pujian ramai dan disifatkan sebagai berhati mulia kerana `melepaskan’ perempuan simpanan suaminya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.