Setiausaha Politik Menteri Ditahan Untuk Siasatan Seleweng Dana PTPK – SPRM

KEPALA BATAS – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Setiausaha Politik kepada seorang menteri kabinet bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan dana RM40 juta bagi program latihan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Difahamkan lelaki itu ditahan pukul 12.30 tengah hari tadi ketika hadir memberi keterangan berkaitan kes itu di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Penahanan lelaki bergelar Datuk yang berusia 61 tahun itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Menurut Dzulkifli, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini empat individu termasuk Ketua Eksekutif PTPK bergelar Datuk dibebaskan dengan jaminan selepas ditahan reman sejak 14 September lalu. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.