Pengantin Lelaki Basah Kuyup Demi Selamatkan Budak Lelaki Yang Lemas Di Sungai

Sesi Fotografi perkahwinan di Kanada pada asalnya berlaku dalam suasana gembira berubah menjadi dramatik ketika pengantin lelaki bertindak terjun ke sungai. Jangan risau lelaki ini bukan bunuh diri. lelaki ini menyelamatkan budak lelaki yang jatuh dan lemas di sungai.

Clayton dan Brittany Cook ketika itu sedang ‘berpose’ untuk gambar perkahwinan mereka di sebuah jambatan di Cambrige, Ontario. Sedang mereka bergambar pengantin lelaki ternampak seorang budak lelaki sedang  terkapai kapai di dalam sungai itu. Tanpa memperdulikan sut pengantinnya, Cook terus terjun ke sungai dan menarik budak lelaki itu ke tepi sungai.

Detik-detik penyelamatan ini diabadikan oleh jurugambar perkahwinan mereka dan selepas itu, cerita penyelamatan dramatik ini menjadi tular.

“Selama beberapa minit, kanak-kanak ini mengikuti kami, dan saya terus mengawasi mereka kerana mereka berdiri sangat dekat dengan air,” ujar Clayton kepada BBC.

“Lalu ketika Brittany sedang ‘berpose’ untuk pengambilan gambar sendirian, saya menyedari dua daripada kanak-kanak ini berdiri di atas batu di pinggir sungai.

“Saya melihat seorang kanak-kanak berada di tengah sungai, berjuang agar kepalanya boleh terus berada di permukaan air. Pada masa itulah saya terus terjun ke sungai.” “Saya terus menariknya, dan sekarang dia baik-baik saja.”

Isteri Clayton berkata dia pada awalnya berfikir Clayton sedang bergurau ketika dia tiba-tiba terjun ke dalam sungai.

“Kami berfikir mungkin kebanyakan orang juga akan melakukan perkara yang sama,” ujarnya.

Sebaik sahaja saya berrpaling, dia telah menarik kanak-kanak itu ke tanah di tepi sungai, “kata jurugambar perkahwinan Darren Hatt kepada BBC.

“Jadi saya terus menangkap ‘ moment’ yang berlaku pada hari itu.”

Setelah berjaya diselamatkan,budak itu kelihatan baik-baik saja.

Brittany berkata tindak balas pantas dan tindakan tanpa syarat suaminya adalah salah satu sebab yang membuatnya jatuh cinta dengan Clayton.

“Itulah Clay saya,” ujarnya kepada rangkaian televisyen Kanada, CTV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.