Pencuri Tersilap Pilih Kereta Untuk Dicuri

SEORANG pencuri di Tokyo tersilap memilih kereta untuk dicuri apabila kenderaan yang hendak dicurinya ialah kereta polis tidak bertanda yang dinaiki beberapa anggota polis, semalam.

AFP melaporkan jurucakap polis berkata, dalam kejadian selepas tengah malam di Numazu itu, lelaki berkenaan, Ushio Sato, 23, ditangkap anggota polis terbabit.

Jurucakap itu bagaimanapun enggan memberi maklumat lanjut namun menurut media Jepun, Ushio tidak menyedari ada orang iaitu anggota polis dalam kereta tidak berkunci yang diletak satu kawasan letak kereta.

Dia cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.

Menurut Japan Today, kenderaan itu digunakan polis untuk tugas penyamaran di kawasan itu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.