Lelaki Maut Terhidup Asap

LELAKI warga emas yang pengsan akibat sesak nafas dalam kebakaran membabitkan dua rumah teres setingkat di Taman Sri Kijang, Bukit Mertajam, pagi hari ini, disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Bukit Mertajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mangsa, Tan Fong Weng, 66, disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berada di dalam sebuah rumah pengsan akibat terhidu asap tebal sebelum diselamatkan jirannya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.40 pagi sebelum tiba jam 11.03 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang pengsan dibawa ke Hospital Bukit Mertajam bagi mendapatkan rawatan susulan.

Menurutnya, kebakaran dapat dikawal dari merebak pada 11.20 pagi.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada 12.05 tengah hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.