Lelaki 21 Tahun Nikahi Nenek 70 Tahun, Solekan Nenek Ini Buat Netizen Kagum

Setelah heboh dengan berita perkahwinan seorang remaja yang berusia 16 tahun, Selamat  dengan seorang nenek Rohaya yang sudah pun berumur 71 tahun di Indonesia,  dunia maya kembali dikejutkan dengan perkahwinan Ade dengan Sani.

Ade adalah seorang lelaki muda yang baru berusia 21 tahun manakala isterinya, Sani, adalah seorang wanita yang telah berusia 70 tahun.  Jarak usia dua sejoli ini memang lebih daripada tiga kali ganda.

Namun apabila benih-benih cinta sudah tumbuh, maka usia tidak lagi menjadi halangan bagi keduanya untuk meneruskan hubungan ke tahap yang lebih serius, yakni perkahwinan. Perkahwinan ini berlangsung di kawasan Mekarsari, Cileungsi, Bogor Timur.

Berita tentang perkahwinan Ade dan Sani tiba-tiba menjadi tular di dunia maya, terutama di media sosial.

Akaun Facebook Yuni Rusmini pertama kali menyebarkan berita tersebut di media sosial. Dalam muat naik tersebut, Yuni juga menonjolkan solekan dari Sani.

Menurut Yuni, solekan tersebut sangat hebat hinggakan, Sani yang berusia 70an itu boleh kelihatan berbeza yang membuatkan orang terpegun.

“Kembali terjadi …. 70 vs 21 (ibu Sani berusia 70 tahun dan bang ade berumur 21 tahun).
 Perkahwinan ini dengan umur 3x ganda perbezaannya.

Yang menariknya perkahwinan yg luar biasa ini diserikan dengan solekan pengantin yang nampak hebat … bagaimana ubah penampilan pengantin perempuan yang sudah tua supaya kelihatan berbeza dari umurnya.”

Lokasi perkahwinan di tempat pengantin perempuan tempatnya di depan yayasan Al fityan, belakang rumah kades bule daerah mekarsari, cileungsi, bogor timur.
Semoga jadi keluarga bahagia … Amin yarroball alamin. tulis Yuni Rusmini.

Netizens yang melihat muat naik juga bersetuju dengan pendapat Yuni.

Tuti Kadong, “Bagusnya mak andamnya.Berubah terus aura pengantin………..Didoakan semoga berjaya .Amiiiin Rbl.”

Madiun Dagangan, “cik Yuni Rusmini .. Ni di kawasan mana, .. semoga bahagia, …. kasihan yang masih single,bagusnya mak andam yang solek ni..semoga berjaya.”

Rianti Wijaya, “Mak Andamnya sangat bagus…boleh buat pengantin jadi cantik.”

Dani Yulistina, “Mak Andam yang makeup kan pengantin pandainya…. pengantinnya nampak muda.”

Ini dia gambar-gambar  pernikahan Ade dan Sani.

 

(Facebook)
(Facebook)
(Facebook)
(Facebook)
(Facebook)
(Facebook)
(Facebook)
(Facebook)
(Facebook)

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.