Individu Muat Naik Video Remaja Pukul Ibu Mohon Maaf

Individu yang memuat naik video seorang remaja bertindak memukul ibunya yang tular di media sosial memohon maaf kepada keluarga terbabit.

Individu yang menggunakan nama ‘Jejaka Sereng’ itu mendakwa dia tidak berniat untuk memalukan keluarga terbabit menerusi status terbaharunya di Facebook.

“Assalamualaikum kehadapan keluarga syukri, saya ingin memohon maaf diatas kesilapan dan kesalahan saya kerana telah menviralkan video yang tidak sepatutnya saya postkan dilaman sosial facebook ini.

“Saya akui diatas kesalahan yang telah saya lakukan kerana menviralkan video tersebut.
Saya tidak berniat untuk memburukkan sesiapa. Saya berharap permohonan maaf ini diterima oleh pihak keluarga syukri.

#mohonShare
#mohonMaaf
#mohonViralPermohonanMaafNi”

Bagaimanapun rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan ‘Jejaka Sereng’ yang telah menularkan video terbabit.

Afas fahmi menulis, “Takpe… kau tak yah mintak maaf.. aku terima kasih sebab kau post video ni..harap budak bangsat tu kena angkut masuk lokap semalam dua, polis tibai dia smpai lembik kasi dia ada akal…dan dia berubah jadi budak yang baik…kalau tak diajar, nanti kang iblis pun kagum dengan perangai budak ni lagi jahat dari dia”.

“Hang memang terbaik….hang tak yah minta maaf.hang tak buat salah apa.memang patut diviral pun.lagi satu…aku minta tolong dari hang.hang tolong pi bagi penampaq sedaih dua kat muka budak tu.tolong ye,” tulis Muhamad Noh.

Terdahulu keluarga remaja terbabit tidak akan mengambil tindakan terhadap ‘Jejaka Sereng’ yang memuat naik rakaman berdurasi 43 saat remaja lelaki itu memukul ibunya tanpa belas kasihan sambil mengeluarkan kata-kata kesat itu.

Remaja tersebut yang dikenali sebagai Syukri, 16, dipercayai berang apabila ibunya enggan memberikan sejumlah wang yang diminta.

Ibu-bapa remaja lelaki enggan mengambil sebarang tindakan ke atas anaknya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Laporan tersebut dibuat oleh bapa remaja terbabit berusia 39 tahun, yang bekerja sebagai penjaga kuda selepas dia menerima rakaman video itu daripada anak perempuannya.

Pengadu dan isteri juga enggan tindakan diambil terhadap beliau atau mana-mana pihak.

Hamzah berkata, pihaknya sudah merakam keterangan dua beranak itu dan ujian air kencing yang dilakukan terhadap remaja lelaki itu mendapati negatif dadah.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.