Ibu Bapa Enggan Ambil Tindakan Terhadap Anak

PETALING JAYA – Ibu-bapa seorang remaja lelaki enggan mengambil sebarang tindakan ke atas anaknya.

Pada Selasa, video seorang remaja berpakaian sekolah berkelakuan biadap dengan bertindak memukul seorang wanita yang dipercayai ibunya menjadi tular dan mendapat kecaman netizen.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Laporan tersebut dibuat oleh bapa remaja terbabit berusia 39 tahun, yang bekerja sebagai penjaga kuda selepas dia menerima rakaman video itu daripada anak perempuannya, lapor Mstar.

Jelas ACP Hamzah, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi Selasa.

“Pengadu kemudian memberikan video itu kepada guru sekolah anaknya dengan niat supaya guru terbabit dapat menasihati anak lelakinya.

“Tidak lama selepas itu, pengadu menerima banyak panggilan daripada saudara mara yang bertanyakan mengenai video terbabit berikutan ia sudah viral di Facebook, dipercayai dimuat naik seorang individu menggunakan nama ‘Jejaka Sereng’.

“Pengadu membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri, keluarga serta anak lelakinya.

“Pengadu dan isteri juga enggan tindakan diambil terhadap beliau atau mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam Selasa.

Hamzah berkata, pihaknya sudah merakam keterangan dua beranak itu dan ujian air kencing yang dilakukan terhadap remaja lelaki itu mendapati negatif dadah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!