Husam Dakwa Hasrat Kerjasama Pas-UMNO Ditentang Ahli

KOTA BHARU – Pas dibelengu dilema berhubung hasratnya menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa mendakwa ia susulan wujud penentangan daripada beberapa ahli veteran parti itu, lapor Awani.

Husam mendakwa hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengimpikan kerjasama dengan UMNO gagal mendapat persetujuan menyeluruh ahli parti.

“Mengikut sumber, difahamkan kesemua penasihat Pas Datuk Mustafa Ali, Dr Sanusi Halim Abdul Rahman, Subky Latif tak setuju Pas bekerjasama dengan UMNO.

“Tanya dia betul ke tidak, Pas dilema nak kerjasama dengan UMNO… tak diterima oleh sebahagian pimpinan Pas,” katanya.

Rundingan kerjasama Pas-UMNO dikatakan memasuki fasa akhir dengan fokus terarah kepada pembahagian kerusi pilihan raya bagi mengelak pertandingan tiga penjuru.

Dakwa Husam, antara negeri yang ingin diselamatkan Pas dan UMNO membabitkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.