Guna Derma INVOKE Bayar Syarikat Milik Mohd Rafizi Bin Ramli, Kata Rizal

Kepakaran Naib Presiden PKR Rafizi Ramli memutarbelit fakta disifatkan sebaga kebolehan diluar jangkauan manusia termasuklah ‘kearifannya’ terhadap lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, oleh sebab kepakaran berkenaan, beliau terpaksa memberi tabik hormat terhadap ahli parlimen pembangkang berkenaan.

“Sebagaimana dia berimaginasi seolah-olah dia bersama-sama PM dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini. Dia memberitahu bagaimana keluarga PM mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika di Trump Tower New York.

“Jangan kata pegawai-pegawai PM sahaja yang terkejut, pencuci bangunan di Trump Tower New York pun terkejut. Kerana dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini PM tidak ke New York pun,” ujarnya memberikan contoh kepada pembohongan Rafizi.

Rafizi juga didakwa Rizal tidak berlaku jujur dalam menguruskan derma disumbangkan orang ramai kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Invoke yang diuruskannya.

Kata Rizal, Rafizi selaku pemilik Invoke telah membayar syarikat KEIP Resources Sdn Bhd – juga milik Rafizi – untuk membekalkan tenaga kerja kepada Invoke.

“Mengikut rekod gaji yang dipamerkan oleh Rafizi menunjukkan Invoke Solutions Sdn Bhd, telah membayar KEIP Resources Sdn Bhd bermula dari RM 147,974.30 hingga RM 350,608.64 , dari Mac hingga September 2017. Hampir RM 1.3 juta telah dibayar kepada KEIP dalam tempoh 7 bulan itu,” dedah Rizal.

Tambahnya, senarai dikeluarkan oleh Rafizi sendiri menunjukkan ahli parlimen Pandan itu membuat pembayaran kepada KEIP selepas berjaya mengutip RM1.5 juta daripada orang ramai bagi membayar saman fitnah Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM300,000.

“Hanya selepas berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, Invoke telah membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28.08.2017. Pembayaran pertama RM160,349.95 dan pembayaran kedua RM156,132.10 .

“Manakala bulan September pula Invoke membuat pembayaran kepada KEIP, sebanyak RM350,608.64. Kelihatan tanda-tanda yang jelas bagaimana Invoke bermewah-mewah dan ‘kenduri sakan’ selepas berjaya mengutip derma jutaan ringgit dari orang ramai,” tulisnya di Facebook.

Kata Rizal lagi, carian yang dilakukannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati pemegang kad pengenalan ‘Mohd Rafizi Bin Ramli’ yang memiliki KEIP Resources adalah individu sama yang merupakan pemegang saham terbesar Invoke Solution.

“Kesimpulannya, Rafizi membekal tenaga kerja kepada Rafizi. Dan Rafizi pula membayar kepada Rafizi ratusan ribu sebulan atas nama membekalkan sumber manusia. Hasil duit yang dikutip dari orang ramai.

“Campur tolak kali bahagi, akhirnya dia juga yang untung. Yang menjadi mangsa adalah orang ramai yang diperdaya untuk memberi derma kepadanya,” ujarnya lagi. – mD

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.