Dobi Berasingan Bukan Dasar kerajaan, Kata Ku Nan

Kerajaan tidak pernah melaksanakan dasar mengenai pengasingan dobi, kata, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

“Itu bukan dasar kerajaan kita, tetapi secara individu, orang boleh lakukan apa sahaja yang mereka suka.

“Tetapi tidak ada dasar kerajaan setakat yang kita tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bantahan orang ramai terhadap perniagaan dobi khusus untuk Muslim di Muar, Johor.

 

“Tidak ada dobi berasingan bagi orang Islam dan bukan Islam,” katanya semasa sidang akhbar selepas menghadiri majlis perasmian projek pembangunan Pavilion Damansara Heights di Kuala Lumpur.

Tengku Adnan juga menyatakan bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menitahkan agar perkara itu dihentikan, atau dobi berkenaan akan menghadapi risiko ditutup.-Malaysiakini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.