Bukan Najib Seorang, Ramai Lagi Pemimpin Dunia Tidak Hadir UNGA

Bukan sesuatu yang ganjil kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menghadiri Perhimpunan Agung tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), baru-baru ini.

Malangnya perkara itu dijadikan isu oleh Ahli Parlimen Kluang dari DAP, Liew Chin Tong yang menuduh kononnya Najib tidak menghadiri persidangan itu disebabkan oleh 1MDB.

Malah ketika zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, terdapat juga orang lain yang mewakili beliau.

Najib sendiri telah mewakilkan tugas untuk mengetuai delagasi Malaysia kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Meskipun Najib tidak menghadirinya namun apa yang penting ialah apa yang ingin beliau sampaikan telah dibincangkan.

Dan pendirian negara berhubung isu Rohingya ini di mana kezaliman dan penindasan yang sedang berlaku mesti dihentikan dan bantuan kemanusiaan perlu disalurkan segera telah disuarakan oleh Anifah.

Dan pendirian tegas Anifah itu mendapat pujian daripada Ahli Parlimen pembangkang, Charles Santiago.

“Menteri itu patut dipuji dan beliau layak dipuji mengambil risiko untuk mengatakan apa yang sebenarnya berlaku di Rakhine dan apa yang perlu dilakukan mengenainya,” kata Charles.

Jika dilihat kepada senarai kedatangan sejak beberapa tahun lalu, bukan semua negara menghantar ketua negara atau ketua kerajaan masing-masing.

Ia termasuk Presiden Rusia, Vladimir Putin; Presiden China, Xi Jinping; Canselor Jerman Angela Merkel; Presiden Mexico, Enrique Peña Nieto; pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi; Perdana Menteri India, Narenda Modi serta Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta yang tidak hadir.

Bukan itu sahaja, Presiden Joko Widodo atau Jokowi sendiri tidak pernah menghadiri Sidang Umum PBB sejak dilantik sebagai Presiden Indonesia pada 2014 lalu. Kali ini, Jokowi telah mewakilkan kepada Jusuf Kalla sebagai penggantinya.

Ini menunjukkan tiada masalah pun jika pemimpin negara tidak hadir asalkan penggantinya ada dan perkara yang hendak mereka ucapkan pada sidang berkenaan disampaikan oleh pengganti mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.