Arab Saudi Rancang Hapus Subsidi Minyak

Arab Saudi sedang menimbang rancangan untuk menghapuskan subsidi minyak petrol dan jet selewat-lewatnya pada November 2017.

Saudi kali terakhir menaikkan harga minyak petrolnya pada Disember 2015 dengan kenaikan sebanyak 50% ketika itu.

Kali ini, Saudi akan menaikkan harga petrolnya sebanyak 80% lagi kerana ia juga memahami bahawa subsidi adalah tidak cekap dan menggugat ekonomi mereka – walaupun mereka adalah pengeluar dan pengeksport minyak terbesar di dunia.

Apa yang Saudi sedang merancang untuk lakukan bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana UAE telah melakukan perkara yang sama pada tahun 2015, itulah sebabnya harga minyak UAE sentiasa hampir sama dengan harga Malaysia.

Sekiranya ini berlaku, harga petrol Saudi akan selaras dengan harga UAE dan Malaysia.

Tetapi pada 1 Januari 2018, harga petrol Saudi akan menjadi lebih mahal daripada Malaysia kerana GST sebanyak 5% akan berkuatkuasa. Ia telah pun diumumkan bahawa petrol tidak akan dikecualikan daripada GST di Saudi.

Pada bulan Julai, Saudi juga telah meningkatkan cukai antara 50% hingga 100% ke atas barang-barang tertentu – yang menyebabkan harga rokok meningkat dua kali ganda kepada RM23 setiap kotak sementara juga meningkatkan harga minuman ringan sebanyak 50% dan menggandakan harga minuman tenaga seperti Red Bull.

Saudi amat memerlukan seorang wira seperti Guan Eng, Mat Sabu atau Rafizi di sana untuk menyelamatkan mereka dari “kezaliman” ini.

https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-09-18/saudis-said-to-weigh-raising-gasoline-prices-by-end-of-november

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 26 September 2017

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.