8 Kes Bunuh Diri Yang Mengejutkan Penduduk Di Indonesia.

Begitu banyaknya kes bunuh diri yang terjadi sejak kebelakangan ini. Ia sangat membimbangkan. Ramai orang mengambil jalan pintas untuk mengakhiri masalah mereka dengan membunuh diri.

Alasan seseorang bunuh diri begitu peribadi dan tidak pasti sebabnya, namun kes bunuh diri sangat merisaukan orang awam.

Data yang diproses portal Pos Kupang.com menyebutkan pada Januari hingga September 2017, terdapat lapan kes bunuh diri. Secara purata, bermakna sebulan berlaku satu kes bunuh diri.

Data ini tidak termasuk kes bunuh diri yang tidak terdedah kepada media. Jika diteliti, daripada sembilan kes bunuh diri dimaksudkan, pelakunya mempunyai latar belakang yang berbeza-beza. Terdapat pelajar,penjawat awam, polis dan suri rumah. Lokasi bunuh diri pun berbeza-beza, ada di rumah sakit, rumah tinggal, kedai dan ampaian.

Berikut adalah 8 kes bunuh diri penduduk NTT (Nusa Tenggara Timur) yang mengejutkan orang ramai.

1. Bunuh diri di Hospital Siloam

Petugas Siloam mengevakuasi jenazah korban bunuh diri di Rumah Sakit Siloam, Kupang, Jumat (24/3/2017).
Yulius Tai Sespao, 40, ditemui mati di Bilik Mandi III Hospital  Siloam Kupang, Jumaat lalu pada 10.45 malam.

Penduduk Tunleu,ini ditemui dengan lehernya dililit tali beg miliknya. Penjawat Awam Negeri di Perkhidmatan Perikanan ini dijumpai oleh ahli keluarganya di Hospital Siloam.

Yulius berada di hospital itu untuk menjaga isterinya, Yanti Tse yang dirawat di situ.

” Saya mahu ke bilik air tetapi pintu terkunci dari dalam. Saya kemudian memanggil pengawal untuk membantu membuka pintu. Sebaik sahaja pintu berjaya dibuka mangsa ditemui dalam keadaan tergantung,” kata Yunita Tualaka.

Hasil pemeriksaan doktor tidak menunjukkan tanda-tanda objek keras di tubuh mangsa.

“Mangsa mengalami asphxia (kekurangan oksigen) dan darah mengalir keluar dari mata dan hidung kerana pembuluh darahnya pecah. Terdapat kesan jerutan di leher, lidah tergigit dan mengeluarkan air mani. Dari hasil pemeriksaan ini, boleh disimpulkan mangsa bunuh diri,” kata jurucakap polis.


2. Bunuh Diri Ketika Mengandung

Yunarsia Yasinta saat masih hidup

Pelajar Sekolah Tinggi Kesehatan (Stikes) St. Paulus Ruteng, Yunarsia Yasinta , 21, ditemui tidak benyawa di bilik asrama di Jalan Kemuning Kelurahan Tenda, Kecamatan Langke Rembong, Kabupaten Manggarai, pada 30 Mac lalu sekitar pukul 10.00 malam.

Yunarsia menggantung diri menggunakan kain langsir. Ketika itu dia memakai baju hitam dan kain hitam.

Dia dikatakan mengandung empat bulan yang telah disahkan dari imbasan ultrasound oleh doktor.

Gadis ini dikatakan membunuh diri kerana tertekan dengan kekasihnya.

Ia berikutan beberapa mesej ringkas yang terdapat di dalam telefon bimbit milik mangsa. SMS terakhir mangsa berbunyi` KAU JANGAN KETEMU SAYA LAGI ‘namun kekasihnya tidak menjawab SMS itu.

3. Bunuh diri di pondok 

Jenedi Lopes Mau (25) saat masih hidup

Kes bunuh diri ini terjadi di Kabupaten Kupang. Mangsa, Jenedi Lopes Mau, 25, ditemui mati tergantung pada hos warna putih di pondok yang letaknya betul-betul di belakang rumah orang tuanya, pada 27 April lalu.  Hos itu dibalut di lehernya, manakala hujung hos yang lain terikat pada kayu bumbung pondok itu.

Ibunya, Josefina Dasilva terkejut lalu menjerit ketika melihat anak bongsunya tergantung tidak bernyawa. Jeritan Josefina menyedarkan penduduk di situ.

 

Salah seorang bapa saudara mangsa berkata, Jenedi merupakan satu-satunya anak lelaki dari tiga beradik.


4. Tembak kepala sendiri

Jenazah Aiptu Fransisco de Araujo dalam kereta, saat dibawa ke kamar mayat Rumah Sakit Bayangkara Kupang, Rabu (7/6/2017) sore.

Seorang anggota, Aiptu Francisco De Araujo didakwa menembak kepala sendiri dengan senjata api miliknya.

Insiden itu berlaku di kediamannya di Oebobo Village, Bandar Kupang, pada 6 Jun lalu. Penduduk yang mendengar bunyi tembaka itu telah memasuki rumah mangsa dan mereka terpaksa memecahkan pintu bilik yang dikunci dari dalam.

Selepas pintu dibuka, mereka mendapati Fransisco terbaring di atas katil dengan kepala berdarah manakala senjata api itu berada di atas lantai.

Selepas diperiksa, Francisco masih bernafas dan dia dikejarkan ke hospital. Namun mangsa meninggal dunia keesokan harinya.

5. Bunuh diri di ampaian

Warga sedang mengurus jenazah Rensiana Jedo Wolor setelah tali dilepaskan dari lehernya, Senin (8/7/2017).

Rensiana Jedo Wolor, yang berusia 21 tahun ini merupakan penuntut sebuah universiti. Dia ditemui di tempat  menjemur pakaian dekat asramanya di Kota Malang, pada 7 Ogos lalu.

Gadis ini ditemui oleh warden asrama, Rantiya, dalam keadaan tergantung pada tali kain di baju baju pakaian.

Ketika itu Rantiya mahu menjemur baju. Punca utama Rensiana membunuh diri masih misteri namun berdasarkan akaun Facebooknya, dia diketahui bergaduh dengan teman lelakinya.

 

6. Sakit hati terhadap suami

Polisi sedang olah TKP terkait kasus gantung diri ibu hamil, Tabita Gah

Malang nasib Tabita Gah yang berusia 32 tahun dan berasal dari Kota Kupang ini apabila mengakhiri hidupnya dengan menggantung diri.

Ketika dijumpai, Tabita sudah tidak bernyawa. Dia menggantung diri di dalam bilik air di rumahnya pada 5 Ogos lalu.

Tabita nekad membunuh diri kerana tidak sanggup menahan sakit hati terhadap suaminya yang sering melepak di pusat hiburan.

Dia yang mengandung tujuh bulan, sebelum telah bergaduh dengan suaminya kerana lelaki itu mahu ke sebuah bar.

Bunuh diri di kiosk

Fidelia Fatima

Fidelia Fatima merupakan penuntut universiti Muhammadiyah Kupang (UMK). Dia mengakhiri hidupnya dengan cara gantung diri.

Sebelum bunuh diri, Fidelia Fatima, 21, telah menghantar mesej ringkas (SMS) kepada seorang temannya. Pada malam 21 September, iaitu sebelum kejadian malang itu berlaku, dia bersama rakannya, Nelci Dima telah pergi ke satu pesta.

“Ketika di tempat parti itu, ibunya menghubungi mangsa dan mangsa memberitahu bahawa ibunya marah kerana ada yang melaporkan sesuatu kepada ibunya,” kata Nelci yang tidak tahu mengenai laporan yang dihantar kepada ibu mangsa itu.

Pada jam 8:30 malam, Nelci dan mangsa pergi ke rumah ibu bapanya untuk bercakap dengan ibunya namun Nelci tidak mengetahui mengenai apa yang dibincangkan.

Fidelia yang merupakan pelajar jurusan Biologi itu kemudiannya tergantung di dalam bilik oleh ibu dan adiknya.

8. Bunuh Diri di Bilik Air

Sandro Alvian Banu dievakuasi dari tempat ditemukan tewas gantung diri, Selasa (26/9/2017).

Sandro Alvian Banu adalah penuntut di Universiti Katolik Widya Mandira Kupang. Dia ditemui mati dengan menggantung diri di Kota Kupang.

Mayatnya ditemui oleh adiknya, Marsel Zakarias Banu di dalam bilik mandi, semalam.

“Apabila saya mahu pergi ke bilik mandi, saya melihat dia berada dalam kedudukan yang tergantung pada tali yang dipasang pada tiang,” kata Marsel.

Marsel berkata, abangnya itu pernah memberitahunya bahawa dia mempunyai masalah tetapi Sandro tidak menceritakan mengenai masalah berkenaan.

Dua beradik itu tinggak bersama bapa saudara mereka sejak 2001, manakala ibu bapa mereka menetap di tempat lain.

Apapun persoalannya, jangan anda menamatkan hidup dengan cara bunuh diri. Bunuh diri bukan penyelesaian terakhir. Semua masalah yang teruk boleh diatasi dan ramai orang berjaya melakukannya. Kehidupan anda sangat berharga termasuk kepada orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.