Video: Parti Gerakan Turut Terkesan Dengan Persempadanan Semula

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Liang Teck Meng mendakwa parti tersebut turut menerima tempias daripada persempadanan semula oleh Suruhanjaya Piliharaya Malaysia(SPR).

 

Menurut beliau, beberapa kawasan yang dikuasai oleh Parti Gerakan akan menerima kesan daripada persempadanan semula.

 

“Yang terlibat iaitu ada impak kepada kawasan yang dipertanding oleh gerakan, daripada 12 parlimen dan 33 DUN, adalah 30 peratus yang mengalami impak daripada persempadanan ini,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Parti Gerakan di Ibu Kota tadi.

 

Tambah beliau lagi, Selangor mengalami kesan yang paling teruk dalam isu persempadanan ini.

 

“Yang paling teruk sekali ialah Selangor, 4 DUN dan 1 Parlimen.

 

“Parlimen Puchong, dan DUN pula Bukit Lanjan, Bukit Gasing, Kota Alam Shah dan Teratai,” ujarnya.

 

Justeru itu, satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan cara yang sesuai untuk melakukan bantahan tersebut.

 

“Pada hari khamis akan ada satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan, kita akan membincangkan cara bagaimana kita nak buat bantahan.

 

 

“Yang pertama kita perlu memenuhi syarat-syarat dari SPR iaitu kita kena dapatkan seratus pengundi dari kawasan tersebut dan ambil butiran termasuk tandatangan,”katanya.

 

Namun beliau turut memahami situasi yang perlu dilalui oleh pihak SPR dalam isu ini kerana ia bukan suatu perkara yang mudah.

 

“Saya juga faham dengan kadaan dan kedudukan SPR sedangkan untuk tidak menambahkan bilangan kerusi tetapi terpaksa membuat persempadanan semula, saya memahami kesukaran mereka,”ujarnya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.