Tun M Serang 1MDB Kerana Industri Tenaga?

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditubuhkan untuk membebaskan industri tenaga daripada cengkaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kata Penganalis politik, Raja Petra Kamarudin.

 
Beliau berkata, Tun Mahathir menyedari sekiranya perancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya, akan menyebabkan kawalan terhadap industri tenaga berakhir.

 
“Jadi, beliau lakukan sabo­taj terhadap 1MDB, mula-mula dengan mensabotaj tawaran per­­mulaan awam (IPO) dan kemudian, dengan me­­­­nyebarkan kisah bahawa 1MDB mengalami kerugian RM42 bilion.

 

 

“Walhal, nilai asetnya melebihi liabiliti sebanyak RM9 bilion dan apa yang dikatakan ke­rugian RM42 bilion itu adalah jumlah pinjaman,” katanya, memetik Malaysia Today.

 

 

Tambah Raja Petra, Najib mengetahui tindakan Tun Mahathir menyerang 1MDB sejak Disember 2014 dan tiada kaitan dengan gerakan ‘Selamatkan Malaysia’.

 

 

Matlamat Tun Mahathir sejak 1990 adalah untuk me­nguasai industri tenaga yang menya­lurkan kira-kira RM20 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).

 

 

Katanya, meman­dangkan Najib tidak boleh me­miliknegarakan agensi yang telah diswastakan, maka pengambil­alihan IPP perlu dilakukan secara komersial melalui sebuah GLC.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.