Tun M Pemimpin Gagal, Sokong DAP Ibarat Sokong PKM – Anwardi Jamil

KUALA LUMPUR – “Orang bertanya kepada saya mengapa saya begitu marah dengan PKM, dan mereka terus memberitahu saya bahawa buggers ini adalah Freedom Fighters, dan mengapa saya sedang meraikan kematian Chin Peng. Okay di sini adalah mengapa,”kata pengarah dan penerbit terkenal, Dr Anwardi Jamil menerusi status Facebooknya.

 

Terdahulu, anak kepada Allahyarham Jamil Sulong ini meminta maaf kerana tidak dapat menerima pakatan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang kini bersama DAP.

 

“Saya tidak boleh menerima Tun M yang menyokong DAP. Ia seperti dia menyokong PKM (Parti Komunis Malaya).

 

“Ketamakannya dalam merebut kuasa, benar-benar menunjukkan beliau adalah sebagai pemimpin yang gagal. Maaf Tun, saya sedang reposting post saya ini untuk mengingatkan saya dan orang lain, dan ia mengapa,”tulisnya.

 

Anwardi yang memuat naik status tersebut bersama lukisan yang dilakarkan Arwah bapanya.

 

“Ini adalah lukisan yang dibuat bapaku, seperti yang dijelaskan kepadanya oleh adik perempuannya yang terselamat pembunuhan beramai-ramai di kampung ayah saya Parit Sulong. Dan di sini adalah petikan dari biografi beliau. Ahad, 10hb Jun 1945.

 

“Apabila saya masuk ke rumah, ada mayat terbaring dan bertutup dengan kain batik. Beberapa orang datang memegang saya dan bertanya saya dari mana kerana ramai yang menyangka saya juga telah menjadi korban Bintang Tiga atau saya telah dibawa pergi atau hanyut di sungai. Saya menerangkan yang saya dari Batu Pahat dan mendapat berita dari orang di Batu Pahat.

“Mayat yang terbujur di ruang rumah itu ialah ibu saya, Mak Temun, dan selepas itu barulah diterangkan kepada saya, selain ibu saya, yang turut terkorban ialah adik saya yang kecil, Harun, abang ipar saya, iaitu suami Kakak Aminah dan anak perempuan mereka yang berumor tiga tahu bernama Latifah, dan anak lelakinya yang berumor lima tahun bernama Tahir. Ayah saya terselamat, begitu juga Kakak Aminah, Eyah dan adik adik saya Tik, Ening dan Salmah,” tulisnya.

 

Katanya, keluarga Pak Anjang yang terbunuh, adalah seorang budak perempuan yang merupakan anak saudaranya.

 

“Anjang Mian sendiri kena tembak di kaki kanannya dan Mak Tua juga kena tembak di dada kirinya.

 

“Rumah kami yang lima pintu musnah terbakar, begitu juga rumah Pak Anjang Mian. Tidak ada apa-apa yang dapat diselamatkan di rumah kami.” tulisnya yang memetik biografi Datuk Jamil Sulong yang hanya berusia 19 tahun waktu serangan itu berlaku.
Katanya lagi, kisah dari arwah makciknya yang bernama Mak Ning (Ening) (meninggal dunia tahun lalu), melihat bapanya (Jamil) keluar rumah dan diterus pergi bermain di kebun di hadapan rumahnya.

 

“Sedang dia bermain, dia melihat beberapa orang berpakaian seragam seperti tentera Jepun datang dari arah Senangar….selepas itu dia dengar bunyi tembakan dan suara bising orang menjerit dan ada bunyi orang bersorak dan juga bunyi nafiri…Ening terkejut takut lalu bersembunyi dicelah batang-batang pokok ubi…dia bersembunyi hingga penyerang ini semua berundur.

 

“Satu lagi makcik saya, Mak Minah (Aminah) turut memberi keterangan yang lebih jelas dan menggerikan. Masa serangan Bintang Tiga itu, beliau sudah berada di dapur untuk menjerang air, anaknya Tahir ada bersama-sama dengannya. Walaupun dalam keadaan terkejut, dia teringat di belakang rumah kami ada parit besar yang penuh dengan bunga pelampung keladi yang menutupi muka air, lalu dia terus menarik anaknya ke sana,”katanya

 

Tambahnya, ketika itu mak ciknya ternampak Mak Temun, emaknya (nenek Anwardi) lari ke jurusan yang sama sambil mengendong anaknya bernama Shukor yang baru berumur setahun.

 

“Mak Minah tergesa-gesa lari dengan anaknya, tetapi tidak sedar bahawa Tahir jatuh dan tertinggal di belakang. Mak Minah terjun masuk ke parit besar itu, dan apabila dia berpaling hendak ambil anaknya, dia melihat seorang anggota Bintang Tiga menikam Tahir dengam lembing, dan kemudian cuba mencarinya pula. Mak Minah melindungkan diri dengan daun kiambang…hancur hatinya melihat Tahir luka tergolek di tepi parit itu,”tulisnya lagi.

 

Katanya, dalam masa yang sama, seorang lagi Cina Bintang Tiga ternampak Mak Temun di dalam parit tidak jauh dari Mak Minah.

 

“Dia terus menikam Mak Temun yang sedang memeluk anak kecilnya. Mak Minah ada cerita dia terdengar Mak merayu kepada Cina itu, “Tauke janganlah bunuh anak gua, bunuhlah gua saja, tolonglah tauke!” tetapi rayuan itu tidak dihiraukan.

 

“Pengganas itu terus menikam dengan tombak dan juga mengena Shukor yang kecil itu. Mak Temun dan Shukor tersadai dekat tepi parait itu, terus menghembuskan nafas terakhir. Lepas itu, Cina itu mengeluarkan pisau lalu memotong jari Mak Temun yang memakai cincin emas belah rotan. Apabila nafiri dibunyikan, pengganas-pengganas itu semua lari masuk ke hutan,”katanya.

 

Anwardi mengakhiri ceritanya. Disebabkan itulah sehingga kini, beliau tidak dapat menerima PKM. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.