RapidKL Tawar Perkhidmatan Bas Untuk Peminat F1, Usher

KUALA LUMPUR – Rapid KL menyediakan perkhidmatan bas kepada peminat perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Sepang bermula Jumaat hingga tengah malam Ahad ini kata Ketua Pegawai Operasi untuk perkhidmatan bas Rapid KL, Mohd Azam Omar.

 

 

Menurutnya menerusi satu kenyataan, orang ramai boleh menikmati perjalanan mudah bagi menyaksikan dua acara, termasuk konsert Usher, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan perkhidmatan RapidKL.

 

 

Beliau berkata, pihaknya akan menyediakan bilangan bas yang mencukupi buat peminat Formula 1 dan Usher.

 

 

Tambahnya, bas pengantara RapidKL akan memulakan operasi seawal jam 8 pagi pada Jumaat dari dua lokasi di Kuala Lumpur iaitu di KL Sentral dan KLCC serta dari terminal klia2 selain menyediakan perkhidmatan ulang alik percuma di sekitar litar untuk memudahkan peminat bergerak ke tempat duduk masing-masing.
“Perkhidmatan bas dari Litar Sepang untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur dan klia2 akan bermula dari jam 4 petang dan berakhir pada pukul 7.30 malam pada hari Jumaat dan Sabtu.
“Untuk Ahad, perkhidmatan itu dilanjutkan sehingga 22:30 malam untuk menampung mereka yang menghadiri konsert Usher itu,” ujarnya.

 

 

Tiket bas ditetapkan pada harga RM35 untuk perjalanan pergi balik dari KLCC dan KL Sentral manakala tambang RM20 untuk perjalanan sehala, manakala tiket dari dan ke klia2 ditawarkan pada harga RM12 sahaja.

 

 

Orang ramai boleh mendapatkan tiket bas di kios khas di KLCC, KL Sentral, klia2 di Litar Sepang.

 

 

Manakala, pra-pembelian tiket boleh didapati di stesen LRT Putra Heights, KLCC dan KL Sentral.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.