Pertempuran Tentera-PKK, Enam Terbunuh

ANKARA – Seramai enam tentera Turki terbunuh manakala seorang cedera dalam pertempuran dengan kumpulan militan di tenggara Diyarbakir.

 

Menurut sumber keselamatan yang enggan dikenali berkata, pertempuran dengan kumpulan militan dari Parti Pekerja Kurdistan (PKK) itu tercetus di daerah Uludere, wilayah Sirnak.

 

Pertempuran antara kedua-dua pihak tercetus pada Julai tahun lalu selepas dua tahun gencatan senjata gagal dan beratus pemberontak, anggota keselamatan serta penduduk terbunuh dalam serangan keganasan. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.