Peguam Mengamuk, 9 Cedera Ditembak

HOUSTON – Seorang peguam mengamuk ditembak mati selepas melepaskan tembakan menyebabkan sembilan cedera di kawasan perumahan, pagi awal pagi Isnin, kata polis.

 

Ketua Polis, Martha Montalvo, berkata laporan pertama dibuat kira-kira jam 6.30 pagi waktu tempatan. Ketika beberapa anggota polis tiba di tempat kejadian, suspek mula melepaskan tembakan.

 

“Polis melepaskan tembakan ke arah lelaki itu dan dia mati di tempat kejadian,” kata Montalvo dalam satu sidang media.

 

Menurut Montalvo lagi, suspek yang dikatakan mempunyai masalah dengan syarikat guamannya bertindak melepaskan beberapa tembakan daripada sebuah kenderaan.

 

“Dia dipercayai mempunyai masalah dengan majikan dan mungkin dia dipecat. Beberapa senjata di temui di tempat kejadian, dan skuad bom robot memeriksa kenderaan jenis Porsche yang dipercayai dinaiki suspek ketika melepaskan tembakan.

 

“Menurut saksi, lelaki itu melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang lalu di sebuah kompleks kondominium berdekatan kejiranan mewah dekat Universiti West,” katanya.

 

Montalvo berkata, sembilan mangsa yang cedera termasuk seorang parah kini sedang dirawat. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.