Mengapa Husam, Matthias Tarik Balik Saman?

Tulisan asal:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 27 September 2016.

 

 

Selain daripada memanggil Menteri Penerangan, Salleh Said Keruak menggunakan penghinaan yang kebudak-budakan, pendakwah ‘pseudo’ Matthias Chang juga tidak berpuas hati dengan saya dan meminta saya untuk berdiam diri dalam videonya itu.

 

 

Saya telah mempersoalkan kenapa beliau dan Husam Musa menarik balik saman mereka hanya pada 23 September dengan memberi alasan utama bahawa DOJ telah menarik balik injunksi ke atas Red Granite pada 1 Ogos (waktu AS) apabila ini sudah diketahui sepuluh hari penuh sebelum Husam dan Matthias memfailkan saman mereka pada 11Ogos.

 

 

Matthias berkata beliau hanya mengetahui mengenai perintah persetujuan itu pada 15 September tetapi ia telah difailkan oleh DOJ sendiri dan dilaporkan secara meluas pada 1 Ogos (waktu AS).

http://www.wsj.com/articles/film-company-u-s-reach-pact-in-1mdb-related-case-1470100852
Benarkah beliau merupakan setiausaha politik Mahathir selama bertahun-tahun lamanya?

 

 

Matthias, bilakah anda akan mencabar pemimpin UMNO dengan satu lagi provoksi sehingga membawa ‘kematian’ dan sesiapa yang mati dulu adalah pemenangnya?

 

 

Semalam, Menteri Azalina Othman juga memberi pendapat beliau mengatakan bahawa sebab Husam dan Matthias menarik balik saman mereka adalah tidak masuk akal.

 

Beliau berkata:

 

“Justifikasi Husam … dengan mengatakan bahawa penarikan balik saman itu adalah untuk tujuan menyelaraskan tuntutan berikutan perkembangan baru dalam kes itu, tidak boleh diterima.

 

“Jika ada keperluan untuk memberikan apa-apa fakta tambahan untuk rayuan itu, ianya boleh dilakukan tanpa menarik balik tindakan itu melalui permohonan tambahan,” kata Azalina dalam satu kenyataan.

 

Husam berkata saman itu ditarik balik untuk mengambil kira perjanjian DOJ dengan penerbit Red Granite Pictures, untuk mengetepikan keuntungan masa depan dari filem Wolf of Wall Street, yang dikatakan dibiayai menggunakan wang 1MDB.

 

Bagaimanapun, beliau berkata beliau perlu mengumpul lebih banyak maklumat daripada peguamnya, manakala Chang memberi jaminan bahawa kedua-dua mereka tahu apa yang mereka lakukan.

 

Azalina berkata tindakan mereka Jumaat lalu menunjukkan bahawa saman itu adalah “remeh” dan adalah satu aksi publisiti “murahan”.

 

“Kedua-dua mereka, bukan sahaja cuba untuk memalukan Malaysia, tetapi juga boleh dilihat sebagai tidak mempunyai pengetahuan tentang proses mahkamah dan keperluan asas untuk memfailkan tindakan kelas.

 

“Mereka bermotifkan politik dan menggesakan perkara itu untuk tujuan mendapatkan publisiti semata-mata dengan cara menyalahgunakan mahkamah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.