Harga Minyak Jatuh: Arab Saudi Potong Gaji Menteri

RIYADH – Arab Saudi akan memotong 20 peratus gaji menteri dan menyusun semula imbuhan kewangan bagi kakitangan sektor awam.

 

Menurut kenyataan Kabinet, malam tadi, ia adalah pengumuman pertama bagi memotong gaji kakitangan kerajaan yang membentuk dua pertiga daripada warga kerja Arab Saudi.

 

Keputusan ini berikutan harga minyak rendah yang memaksa negara kaya di Teluk Arab itu mengurangkan perbelanjaan selepas mencatat defisit bajet AS$100 bilion (RM400 bilion), tahun lalu. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.