Video: Derma RM5 Juta Jika Malaysia Tidak Bankrap

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Liang Teck Meng mencabar bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau untuk ‘bertaruh’ menderma RM5 juta sekiranya Malaysia tidak bankrap.

 

Menurut beliau, RM 5 juta itu akan diberikan kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan oleh beliau sekiranya Malaysia tidak Bankrap, namun sekiranya perkara tersebut terjadi, pihaknya akan menderma RM5 juta kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan oleh Hew.

 

“Sekiranya Malaysia tidak menjadi bankrap pada tahun 2020 sebagaimana yang didakwa oleh Hew,maka beliau perlu menderma RM5 juta kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan pertubuhan kebajikan yang dinamakan oleh saya.

 

“Akan tetapi, sekiranya Malaysia betul-betul bankrap pada tahun 2020, saya dan kumpulan kecil ahli perniagaan akan menaja RM5 juta kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan oleh beliau,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

 

Hal ini berlaku ekoran daripada tindakan Hew yang menyampaikan ceramah yang berbaur hasutan menggunakan isu ‘Malaysia Bankrap’ ini.

 

Katanya lagi, ini merupakan cabaran kredibiliti kepada Hew dan DAP yang seringkali menggunakan isu ini yang didakwa bukan isu baru kerana telah digunakan sejak tahun 70-an lagi.

 

“Ini adalah satu cabaran kedibiliti kepada Hew dan DAP yang seringkali menggunakan isu tersebut sebagai topik ceramah bagi mengelirukan orang ramai dan menghasut kemarahan mereka demi tujuan politik.

 

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa perbuatan Hew Kuan Yau adalah tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri, mengelirukan dan hanya bermotif politik, ia tidak menyumbang kepada pembanggunan negara dan perpaduan sebegini perlu dihentikan.

 

“Saya amat kecewa dengan dakwaan Hew yang tidak berasas dan mengelirukan orang ramai. Isu Malaysia akan menjadi bankrap bukannya isu baru, dakwaan tersebut sering dibangkitkan oleh pembangkang dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sejak tahun 70-an sehingga ke baru-baru ini.

 

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Hew yang seringkali menyampaikan ceramah anjuran DAP walaupun beliau telah secara rasmi keluar dari parti berkenaan.

 

“Selepas mencetuskan pelbagai kontroversi, pada bulan Julai, Hew terpaksa untuk undur diri sebagai ahli DAP untuk selamatkan imej parti dia. Walaupun kononnya sudah berhenti, Hew masih sering bekerja sebagai penceramah di pelbagai acara dan ceramah anjurah DAP.

 

“Ini bermakna pengunduran Hew sebagai ahli DAP tidak beermakna,” ujarnya.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.